Thursday, October 25, 2012

Photoshopper


Assalamualaikum. SubhanAllah, Photoshop memang terbaik!! Harini saya study pasal photography di http://oneslidephotography.com/. Alhamdulillah, banyak output dan ilmu yang saya dapat. Saya try-try main Photoshop CS3, pastu terjumpa overlay, ni la hasilnya :


yang ori (unedited) :


Sebenarnya banyak lagi yang saya tak tahu, kalau korang nak ajar saya, ajarkan. Sila-silalah kritik hasil saya ya.

Wednesday, March 14, 2012

Makna Hidup yang Bermakna

Assalamualaikum..Alhamdulillah, kita dapat bertemu lagi dalam blog yang sederhana ini..Harini saya nak sentuh sikit tentang KEHIDUPAN. Pernah tak kita fikir, kenapa Allah jadikan kita? Apa motif Allah cipta kita? Apa tujuan kita hidup? Untuk menjawab persoalan2 ini, saya merujuk Majalah Gen-Q iaitu majalah remaja Islamic.



Maaflah, saya tak ada yang latest tapi Alhamdulillah banyak ilmu yang boleh kita dapat dari majalah ni. Berbalik semula kepada tajuk kita..Apa makna hidup... 


Hidup adalah Ibadah : Allah berfirman dalam Surah az-Zariyat ayat 56, 'Aku tidak menciptakan manusia dan jin melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku'. 


Hidup adalah Ujian, dalam Surah al Baqarah ayat 155 Allah berfirman, 'Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. 


Kehidupan di Akhirat Lebih Baik dari Kehidupan di Dunia : Dalam Surah ad-Dhuha ayat 4, Allah berfirman, 'Dan sesungguhnya! kesudahan (akhirat) keadaanmu adalah lebih baik daripada permulaannya (dunia).' 


Hidup adalah Sementara : biasanya kita akan cakap, "Hidup ni sekejap je, kenelah enjoy..." salah tu, hidup ni sekejap, jadi kenelah banyak2 buat ibadah untuk menempuh hari akhirat kelak..Allah berfirman dalam surah al-Muknim ayat 39 : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.'


MasyaAllah, begitu dalamnya makna hidup kita selama ini dan malangnya masa yang kita laluai selama ini tidak digunakan sepenuhnya dalam mencari hidup yang BERMAKNA. Marilah kita renung2kan kata-kata Khalifah Ali bin Abi Talib ini : 


Sesiapa yang mengharapkan syurga akan berlumba melakukan kebaikan;
Sesiapa yang takutkan neraka akan menamatkan kemungkaran;
Sesiapa yang yakin dengan ketibaan hari mati akan kehilangan segala perasaan ghairahnya;
Sesiapa yang betul-betul mengenal dunia akan dapat menghadapi cabaran dengan mudah.


InsyaAllah, dengan perkongsian saya yang sedikit ini dapat merubah hala tuju hidup kita. Semoga kita bersama-sama mengambil iktibar dari perkongsian ini..Wallahua'lam.

Sunday, February 12, 2012

Long Time No See

Assalamualaikum, how r u? fine? Alhamdulillah. First of all, I'm sorry because It's been a long time since my last update..Jngn mrh ye, nnti cpat tua..berkenaan dngn kwn, sahabat, friend..Rasulullah bersabda, “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)  Rasulullah juga bersabda, “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”  Rasulullah amat mementingkan kita memilih kawan yang baik, jadi pilihlah sahabat yg baik. Wallahua'lam.