Thursday, October 20, 2011

Munculnya Wanita-Wanita Yang Berpakaian Tetapi Terlanjang







        Rasulullah SAW bersabda : "Ada dua jenis manusia yang menjadi penghuni neraka yang belum pernah saya lihat. Satu kaum yang bercemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi terlanjang. Mereka condong dan mencondongkan kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang senget. Mereka tidak masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium baunya pun. Padahal bau syurga dapat dicium dalam jarak sekian dan sekian." Hadis sahih Riwayat Muslim.

Sunday, September 18, 2011

Amalan Mukmin Sejati

Daripada Abu Malik al-Haris katanya : Rasulullah saw bersabda : Bersuci itu sebahagian daripada Iman. Alhamdulillah memenuhi timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah memenuhi ruang antara langit dan bumi, solat itu cahaya, sedekah itu bukti dan sabar itu sinaran, Al-Quran itu hujah untuk engkau atau terhadap engkau, semua orang mempertaruhkan dirinya, samada memerdekakan dirinya atau membinasakannya.


Amalan Mukmin Bertaqwa :


Wuduk : Mensucikan hati daripada dosa, anggota wuduk bercahaya pada hari kiamat, membersihkan anggota zahir daripada najis dan kotoran.


Tahmid : Mendapatkan pahala yang memberatkan timbangan al-Mizan, dapat menguatkan ingatan, melatih diri supaya sentiasa bersyukur.


Tasbih : Mendapat ketenangan hati dan jiwa, membersihkan diri daripada syirik, ganjaran pahala yang memenuhi antara langit dan bumi.


Solat : Muka berseri-seri, mendapat cahaya di dunia dan akhirat, hati bersih daripada sifat keji.


Sedekah : Dihormati dan dikasihi masyarakat, mendapat keberkatan rezeki, bukti keimanan kepada Allah swt.


Sabar : Mendapat keampunan dan rahmat Allah swt, Sentiasa mendapat petunjuk kearah kebaikan, doa dimakbulkan.


Al-Quran : Penawar dan rahmat terhadap kehidupan manusia, memberi ketenangan kepada pembaca dan pendengar, mendapat syafaat di akhirat.


InsyaAllah...Wallahualam.

Monday, August 1, 2011

Lirik Lagu Taubat - Opick

Lirik Lagu Taubat – Opick
wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu
wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
sang maha pengampun dosa
Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padaMu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambaMu
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
sang maha pengampun dosa
berikanlah aku
kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali…
dan meski aku tak layak
sujud padaMu
dan sungguh tak layak
aku…

Sunday, July 31, 2011

Nak Taubat!!!




Assalamualaikum, saya rase nak taubatlah. Dulu sy bnyak buat salah kat kwn2, ummi & penting skali Allah. Korang prasan x prubahan kat blog ni? Klau dlu xde ciri2 Islam, skrang Islamic. Itulah yang dinamakan Hijrah.
Ok, InsyaAllah nnti sy update blog ni dngan segala update yg Islamic, InsyaAllah.

Yay yay nak Puase!!!

Assalamualaikum, saya nak ucapkan Selamat Berpuasa buat semua umat Islam seluruh Malaysia & seluruh dunia.
Happy doing your fasting & Ibadah...May Allah bless you.

Friday, February 25, 2011

Luahan Pakwe Kuala Sepetang

Sorilah sbb lame x update, ni satu lagi citer yg aq copy from Facebook...enjoy...

 Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan
pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi
aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini
dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun
diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak
gitu...
Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya
tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana
itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang...
..siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap
kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta
aku... aku pun tak tau apasal..
Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar
borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji
dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie...
surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam
awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin...
Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat
Taman Tasik Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku
bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak
bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje
sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan
nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut
lar... muka cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok
lar... tak buleh nak seksi lar...
Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete
aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan
mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku
.... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete
besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... . Seperti yang ku
jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...
Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi
punyer... ... . cuma satu je yang aku! nak bagi nasihat kat korang-korang
semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek
aku...
Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari
nanti...
Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie... ..

Yang Benar,
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang

Sunday, January 9, 2011

DITAMPAR BAPA SENDIRI HANYA KERANA INGIN MEMAKAI TUDUNG

DITAMPAR BAPA SENDIRI HANYA KERANA INGIN MEMAKAI TUDUNG
Sebenarnye ni citer yang aku copy dari Facebook. So, enjoy reading...

Ceritanya bgini...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

KWANG3X.. TEKUN BACA HEH , DARI ATAS .... RELEX LAR BEB .. AKU PUN DA TERKENA
X KAN NAK KENA SORANG2 PLAKKKKKKKKKKKK ....